Sunday 24 May 2009

KEK LUMUT



KEK LUMUT

Salam, hari nie suami out station, sementara tunggu suami watlah kek lumut, resepi kek lumut nie dapat dari mat gebu. bila tengok kat dapur banyak holicks lagi. apa lagi watlah kek lumut..sedap juga rasa dia cam kek lapis. 2 gambar dia masi panas-panas lagi keluar dari kukusan, Tapi kek lumut saya tak berapa hijau, tak letak banyak pewarna hijau..nak jaga kesihatanlah konon..


BAHAN-BAHANNYA :-)


250 g mentega
3/4 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan nestum
1/2 cawan seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Pewarna hijau secukupnya





CARA MEMBUATNYA
1)Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak.
2)Satukan tepung, horlicks dan nestum, gaul rata. Ketepikan.
Putar mentega dengan gula halus hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
3)Masukkan esen vanilla, kacau rata.
Masukkan seri kaya dan susu pekat manis, putar lagi hingga rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan campuran tepung, horlicks dan nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis.
4)Gaul rata.
5)Akhir sekali masukkan pewarna hijau, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi.
6)Tutup dengan aluminium foil dan ikat kelilingnya dengan tali rafia, kukus 2 1/2 jam hingga 3 jam. tapi saya tak tutup pun, kukus je.

Sunday 10 May 2009

KUIH PAU


KUIH PAU


Salam hari nie, suami nak makan pau, jadi jam 2 ptg watlah pau, ikut resepi kak yani, hasilnya memuaskan lebih lembut dan sesuai untuk yang tiada tepung pau. 2 lah gambarnya, masih dalam periuk kukus lagi hehe, inti dia kacang hitam.

Bahan-bahan ( 8 biji )
300g tepung gandum
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur

Cara-cara


1)Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
2)Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
3)Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
4)Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
5)Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
6)Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.



PS-INTI-SAYA BELI KAT KEDAI JE, KACANG TANAH MERAH, KALAU KAT TAWAU, KAT JULUNG ADA.

Friday 8 May 2009

RESEPI BISKUT RAYA- HANTARAN PERKAHWINAN

SALAM SEMUA,

Hari nie koleksi resepi biskut raya, akan berkongsi mengenai hantaran, kat bawah nie hantaran saya, saja ja nak tempek kat bawah, supaya kawan lain nampak..hehe..

Hantaran Sejadah dari suami


Nie pula telekung.



Hantaran kasut, tapi tinggi sangat, sampai sekarang tak pakai lagi, tak reti nak pakai kasut tinggi




koleksi resepi biskut raya, Hai mana cincin dia nie?







handbeg dari suami




Hantaran Al-Quran




Thursday 7 May 2009

KOLEKSI RESEPI BISKUT RAYA- TART GULUNG NENES


salam semua, hari ini koleksi resepi biskut raya, akan berkongsi mengenai kuih tart gulung, setiap raya pasti wat kuih nie, macam-maca resepi saya wat untuk tart gulung, kesimpulan yang saya buat paling sedap guna resepi di bawah, saya amabil daripada kak liza (hanieliza) dan paling penting untuk mendapatkan tart yang sedap dan wangi ialah jenama butter dia.
TAT GULUNG
Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5.pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
9. Sapukan dengan kuning telurt
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.

SELAMAT MENCUBA......

RESEPI BISKUT RAYA- KEK SPAN BERHIAS




Assalamualaikum semua, hari ni koleksi resepi biskut hari raya akan berkongsi mengenai KEK, resepi dia kek span, kek biasa ja, kek span nie selalu saya wat, mula-mula kahwin 2 tak pandai juga, tapi belajar sikit-sikit. Kek nila yang pertama sekali saya belajar setelah saya pernah mengikuti kursus membuat kek di TAWAU sabah.

Bahan-bahan ( saiz 18 cm )
3 biji telur
1 cawan tepung gandum (100g)
1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula
2 sudu kecil susu segar
15g butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya
esen vanila

Cara-cara
panaskan oven ke suhu 180 darjah. asingkan telur putih dan kuning. pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan
dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk.
masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata
masukkan kuning teluar yg telah dipukul tadi ke dalam adunan.
masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila. pukul hingga sebati.
masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.
Hiaskanlah mengikut kretiviti masing-masing.

KEK MENTEGA ELITE BERTOPING BLUBERRY



hari nie saya nak kongsi resepi kek, tapi resepinya biasa sahaja, namanya kek mentega elite, dapat dari MY RESEPI tapi hiaslah lawa-lawa. hias dengan bluberry sempena HARI JADI MY HUSSBAND

KEK MENTEGA ELITE BERTOPING BLUBERRY

Bahan-bahan ( 1 biji )
Bahan A:
250g self raising flour
40g susu tepung
200g mentega
Bahan B:
5 biji telur
200g gula kastor (160g gula pasir)
1 camt. esen vanila
Toping/hiasan
bluberry-beli kat kedai kek ja, kalau kat Tawau, di JULUNG ada hehe
Buah-buahan dalam tin
coklat putih sebagai hiasan
Cara-cara
Bahan A dipukul sehingga sebati.
Bahan B dipukul sehingga sebati.
Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul sebati.
Bakar dalam loyang yang telah dilenser mentega/minyak selama 35 minit, suhu 180C. Pastikan adunan diisi separuh loyang.
Untuk toping-bila kek dah sejuk,topingkan dengan bluberry dan hiaskanlah dengan buah-buahan dalam tin mengikut kretiviti masing-masing.

Wednesday 6 May 2009

MENJANA PENDAPATAN DI RUMAH

Duit Survey
Saya nak berkongsi satu lagi program buat duit dengan
survey yang betul-betul menguntungkan anda. Daftar
sahaja anda dah dapat USD6 atau RM 20 secara PERCUMA!
WoW! Cukup mudah, hanya daftar dah dapat USD6


$6.00 Welcome Survey After Free Registration!




2) Jika ingin tambah pendapatan, mengetahui rahsia menjana duit melalui internet (clicbank) klik gamabar dibawah