Thursday 7 May 2009

KEK MENTEGA ELITE BERTOPING BLUBERRY



hari nie saya nak kongsi resepi kek, tapi resepinya biasa sahaja, namanya kek mentega elite, dapat dari MY RESEPI tapi hiaslah lawa-lawa. hias dengan bluberry sempena HARI JADI MY HUSSBAND

KEK MENTEGA ELITE BERTOPING BLUBERRY

Bahan-bahan ( 1 biji )
Bahan A:
250g self raising flour
40g susu tepung
200g mentega
Bahan B:
5 biji telur
200g gula kastor (160g gula pasir)
1 camt. esen vanila
Toping/hiasan
bluberry-beli kat kedai kek ja, kalau kat Tawau, di JULUNG ada hehe
Buah-buahan dalam tin
coklat putih sebagai hiasan
Cara-cara
Bahan A dipukul sehingga sebati.
Bahan B dipukul sehingga sebati.
Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul sebati.
Bakar dalam loyang yang telah dilenser mentega/minyak selama 35 minit, suhu 180C. Pastikan adunan diisi separuh loyang.
Untuk toping-bila kek dah sejuk,topingkan dengan bluberry dan hiaskanlah dengan buah-buahan dalam tin mengikut kretiviti masing-masing.